Smart Circle, Halaqoh, Bulatan Minda, dll.

Posted: Julai 1, 2010 in Pengurusan
Tags:

Dalam apa jua gerak kerja dalam sesebuah organisasi, tanpa kerjasama dan persefahaman yang mantap, kerja tidak boleh berjalan.

Kebanyakan CEO mahu pun majikan @ orang atasan sentiasa memikirkan bagaimana mahu melahirkan para pekerja yang mengkagumkan di samping efektif dan efisien.

Secara amnya, mereka akan memilih program motivasi @ kempen @ bengkel yang mendedahkan teknik pengurusan yang berjaya yang boleh diaplikasikan dalam sesuatu organisasi berkenaan.

Contoh program yang sering dilakukan ialah 5S, 7 Habits, Time Management, dll.

Tp sayangnya, saya secara peribadi merasakan terdapat cara yang lebih efektif dalam membantu menyokong motivasi seseorang lebih2 lagi berdasarkan pengalaman hampir 2 tahun dalam pembelajaran Pengurusan dan Perniagaan.

Sedikit usaha dan pengorbanan perlu dilakukan untuk cara tersebut iaitu melalui SMART CIRCLE!!

Smart circle, hurm…pasti ramai yang tertanya-tanya apakah ia.

Mungkin ada yang pernah mendengarnya tp tidak pernah teringin untuk ambil tahu @ ini merupakan kali pertama anda mendengarnya.

Ramai yang menggelarkannya sebagai halaqoh, bulatan minda dan pelbagai lagi nama lain.

Yang pasti ini merupakan salah satu kaedah di bawah coopeative learning yang agak bersifat multi-level marketing.

Ianya di mana seseorang akan bertindak sebagai ketua dalam kumpulan tersebut.

Ketua tersebut, biasanya merupakan pengikut @ sekadar circlemate kepada orang atasan @ bos beliau.

Segala input yang didapati daripada ketua beliau akan disampaikan pula kepada pengikutnya.

Kebiasaan mesyuarat atau perjumpaan ialah 1 kali seminggu ttp bergantung kpd masa dan kesesuaian ahli bulatan tersebut.

Kebiasaannya, pengisian sesuatu kumpulan itu bebas tetapi masih lagi tertakluk kepada objektif program tersebut dijalankan.

Contohnya, 5 pekerja sebuah restoran KFC merupakan ahli kepada bulatan bijak yang dijalankan oleh ketua @ pengurusnya.

Manakala pengurusnya itu merupakan ahli kepada kumpulan atasan yang lain yang diketuai pengurus operasi KFC di Selangor.

Jadi segala input yang didapati drpd pengurus operasi KFC di Selangor itu akan disampaikan pengurus KFC tadi kpd 5 stafnya.

Maka, pemantauan terhadap staf tersebut dapat dilakukan secara berkala di samping memberi input berguna kpd mereka dlm meningkatkan jualan di cawangan KFC berkenaan.

Contoh di atas merupakan suatu cara bagaimana konsep bulatan bijak ini boleh diaplikasikan dalam semua bidang dan organisasi.

Komen-komen
  1. muhammad fazli 'abdullah berkata:

    smart circle yg meniru konsep Usroh kite kan?;)

    p.s afwan tak sempat jumpe di KMB mlm tu. carik gak enta, tapi tak jumpe pulek.huhu
    cmne adik2 kmb yg baru? sudah di DF? =)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s