Menjawab persoalan di atas, sudah pasti, perkara pertama yang perlu diambil kira ialah apa itu adil.
Ramai org cakap, adil itu sendiri bermakna kita melayan individu secara sama rata.
Antonim kepada adil ialah zalim, yg bermakna meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.
Maka, dalam erti kata yg mudah, adil ialah melakukan sesuatu yg dilihat oleh masyarakat sebagai rasional dan dilakukan kepada semua orang tanpa mengira jantina, kaum, bangsa atau warganegara.

Jika kita renunggggg balik, berapa ramai di luar sana yg mengeluh apabila m’dpt keputusan yg kurang memuaskan? Dan berapa ramai pula ygb bersyukur kerana mendapat keputusan begitu?
Rasanya bagaikan boleh dibilang dgn jari agaknya kan?

Akhirnya, saat yg ditunggu2 telah tiba…siapa yg perlu ditunding? Salah siapa? Apakah ‘external factor’ yg menyebabkan kegagalan itu? Dan pelbagai bentuk soalan yg muncul di benak pemikiran ketika itu. Yg pasti cuma satu…segalanya ditujukan kepada diri kita sendiri?

Maka untuk m’jwb segala soalan ‘retorik’ itu, kita pun mengatakan (secara lisan mahupun hanya di dalam hati) bhw masa study x cukup, course sy buzy sgt, assignment byk gila, bla bla bla…Sehinggakan kita mungkin akan mengatakan semuanya sebab cikgu, ibu bapa atau kawan2.

Waktu tu lah baru kita tunjuk ‘belang’. Kalau sblm ni baik, sopan, taat, rajin solat, sedekah byk2, dan pelbagai bentuk kebaikan yg boleh dibuat ‘malaikat dunia’ , tatkala itulah kita jadi setan (atau lebih lagi). Kita tuduh mcm2 dan kata mcm2. “Saya dah usaha tp x leh gak. Nak buat camne?”
Maka, akhirnya keluarlah ayat di atas untuk membela diri kerana merasakan itu ialah alasan yg paling adil utk ‘membela diri’.
Tp sayang…kita lupa Tuhan Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan kita hanya memandang 1 side factors sahaja…tp lupa utk tujukan segala soalan retorik td kepada org lain. “Di mana salah saya? Kenapa sy lemah Math? Sy byk buang masa ke?”
Maka, insh’allah, kita akan m’dgr jwpn yg paling ADIL!